comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

[VIDEO] Ramai ajak Beckham lepak, pekena teh tarik

KUALA LUMPUR: Ramai peminat David Beckham teruja sebaik mengetahui lagenda bola sepak Manchester United itu telah tiba di ibu negara.

Semakan oleh rakan media mendapati ramai peminat mengambil peluang itu mengucapkan selamat datang kepada Beckham melalui akaun Instagram beliau.

Lagenda bola sepak Manchester United, David Beckham bergambar dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas. FOTO: David Beckham / Instagram

Pelbagai kata-kata lucu turut diselitkan.

Antara yang mencuri tumpuan apabila sebahagian daripada mereka turut mengajak Beckham pekena (minum) teh tarik di kedai mamak.

Salah seorang daripada mereka, pelakon Beto Kusyairy.

“Sorry, Dave. Aku ada meeting tadi masa kau nak datang rumah. Kau lambat bagitau,” tulis pelakon filem Mat Kilau itu.

Lagenda bola sepak Manchester United, David Beckham akan berkunjung ke Tun Razak Exchange, TRX pada jam 6 petang ini. Foto REUTERS

Seorang lagi pengguna Instagram yang memakai nama @fakhrulunic pula mengajak Beckham lepak di kedai mamak.

“Selalu macam tu, mai tak habaq awai…jom esok lepak mamak,” coretnya.

Sementara itu, usahawan yang juga ikon fesyen, @wakdoyok mengajak Beckham ronda-ronda di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki motor berkuasa tinggi.

Wak Doyok atau nama penuhnya Mohd Azwan Md Nor kerap memuat naik foto dia menunggang motosikal besar bersama rakan-rakannya.

“Esok (hari ini) cuti umum di Kuala Lumpur. Jom kita menunggang motosikal,” komen Wak Doyok.

Mengikut jadual, Beckham, 48, akan membuat penampilan di Tun Razak Exchange, TRX pada jam 6 petang ini bagi merasmikan pameran 30 tahun jenama kasut sukan antarabangsa.

Turut hadir bintang K-Pop yang anggota kumpulan GOT7, Kim Yug-yeom dan penyanyi serta pelakon Thailand, Nanon Korapat.

Beckham pernah beberapa kali melawat Malaysia dengan kali terakhir apabila beliau mengunjungi Pavilion Kuala Lumpur pada September 2017.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini