comscore
Tumpuan :
Tragedi

14 gerai musnah dalam kebakaran

Foto: Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR : Sebanyak 14 gerai di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri, di sini, musnah 100 peratus dalam kebakaran malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 8.38 malam, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi Kanan, Md Fuad Selamat berkata, seramai 32 kekuatan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Taman Tun, BBP Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kebakaran gerai membabitkan 14 buah yang berkedudukan dua baris yang bertentangan.

“Kebakaran berjaya dikawal setelah anggota melakukan sekatan api dari merebak ke gerai lain dan api dipadamkan.

“Tiada mangsa yang terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan. – HARIAN METRO

 

Loading...
Terkini