comscore
Tumpuan :
Tragedi

3 rumah, kereta, motosikal musnah terbakar

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Sebanyak tiga rumah, tiga kereta dan empat motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Rama Pantai, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, lapan mangsa daripada dua keluarga termasuk satu keluarga Rohingya, bagaimanapun, sempat menyelamatkan diri .

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Norezura Md Azam, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dan Padang Temu dikerah ke lokasi.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, katanya, api sedang marak .

“Tindakan awal bomba menghalang api daripada merebak ke rumah berdekatan sebelum kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian.

“Kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa kerana ketika kejadian penghuni dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Kerja-kerja pemadaman ujarnya, turut dibantu penduduk tempatan bagi mengelakkan api merebak ke rumah lain.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini