comscore
Tumpuan :
Super Highlight

4 kereta, 8 motosikal dihempap pokok tumbang

Kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah universiti swasta di Nilai dihempap pokok tumbang, petang tadi. – FOTO: JBPM

SEREMBAN: Dua pokok tumbang menghempap empat kereta serta lapan motosikal dalam dua kejadian berasingan akibat hujan lebat dan ribut, petang tadi.

Dalam kejadian di sebuah universiti swasta di Putra Nilai, dekat sini, sebatang pokok tumbang dan menghempap empat kereta yang diletakkan di kawasan parkir universiti berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.30 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai serta Mantin bergegas ke lokasi.

 

FOTO: JBPM

“Dua kereta jenis Perodua Myvi serta masing-masing sebuah Perodua Bezza dan Honda City yang berada di kawasan parkir dihempap pokok, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini.

“Pihak bomba membantu menjalankan kerja memotong pokok dan pembersihan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian di Kampung Mawar, dekat Mambau, pihak bomba menerima panggilan jam 5.36 petang, sebelum pasukan dari BBP Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian.

FOTO: JBPM

“Kerosakan membabitkan bangunan bengkel dan lapan motosikal di dalam garaj. Tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya.

Sementara itu, pihaknya mengingatkan orang awam berwaspada kerana hujan lebat berserta ribut pada sebelah petang akan berterusan dalam beberapa hari lagi.

Loading...
Terkini