comscore
Tumpuan :
Tragedi

5 cedera dalam kemalangan dua kenderaan

OLEH: Baharuddin Mohamed

MELAKA: Dua mangsa patah kaki, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta Myvi dan sebuah lori di persimpangan Pokok Mangga, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, pemandu dan seorang penumpang Myvi, patah manakala dua lagi penumpang cedera di kepala.

Pemandu lori pula mengalami kecederaan ringan di kaki.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Mohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan dan terdapat mangsa cedera.

“Semua mangsa berusia lingkungan 30 hingga 40-an diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya.-BULETIN TV3

Loading...
Terkini