comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia 11 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan di rumah pengasuhnya di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata bayi lelaki tersebut dibawa ibu mangsa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati keputusannya adalah pending laboratory analysis (masih menunggu analisa makmal).

“Keterangan daripada pengasuh telah pun diambil dan setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Mohd Zaid berkata orang ramai yang ada maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.– BERNAMA

Loading...
Terkini