comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bayi 12 bulan antara 7 maut akibat hujan, banjir lumpur

Foto: Reuters

ANZOATEGUI, Venezuela: Bayi 12 bulan antara tujuh terkorban akibat hujan lebat dan banjir lumpur yang melanda timur laut Venezuela.

Menurut Gabenor Anzoategui, Luis Jose Marcano, daerah Guanta dan Sotillo antara yang paling teruk terjejas.

Beberapa kawasan di utara negeri ini terpaksa ditutup ekoran kenaikan paras air.

Kerajaan dalam pada itu menghantar pasukan khas termasuk anggota penyelamat ke lokasi sebagai usaha membantu penduduk terjejas

Bantuan lain dihulurkan termasuk ubat-ubatan, makanan dan barangan keperluan asas lain.

Hujan lebat yang melanda Venezuela sejak bulan lalu turut mengakibatkan kemusnahan besar di negara itu.

Penduduk terpaksa menanggung kerugian setelah kediaman dan harta benda lain musnah.

Loading...
Terkini