comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bayi Perempuan Terperangkap Dalam Kereta Diselamatkan

ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan yang terperangkap dalam kereta di Alor Merah, di sini, diselamatkan pasukan bomba, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.21 petang.

Bayi perempuan berusia 47 hari diselamatkan selepas terperangkap dalam kereta. FOTO: Ihsan Bomba

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar, diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rusdi Lazim, membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan bayi perempuan berusia 47 hari berkenaan.

“Bomba mengambil masa hampir lima minit untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkan bayi berkenaan kepada keluarganya,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.43 petang.

Loading...
Terkini