comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bot Karam: 2 Selamat, 9 Hilang

Gambar hiasan.

KUCHING: Sembilan pemancing hilang manakala dua lagi ditemui terapung selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Mukah.

Sumber berkata, bot yang membawa 11 pemancing itu dipercayai keluar ke laut pada Isnin lalu.

Beliau berkata, difahamkan bot berkenaan karam kira-kira jam 8.30 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, dua daripada pemancing itu ditemui hanyut di perairan Mukah pada jam 5 petang semalam oleh kru kapal tunda, Capella yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Kuching.

Sementara itu, jurucakap Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya.

“Untuk makluman awal, MRSC Kuching menerima maklumat insiden sebuah bot bernombor pendaftaran SF2- 2837 karam bersama 11 mangsa di kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.

“Sehingga kini, hanya dua mangsa ditemui selamat manakala yang lain masih belum ditemui.

“Sebarang perkembangan mengenainya akan kami maklumkan,” katanya. – BERITA HARIAN

 

Loading...
Terkini