comscore
Tumpuan :
Tragedi

Bot Karam di Laut, Lelaki Dikhuatiri Lemas

Foto: Ihsan JBPM

BAGAN DATUK: Seorang lelaki berusia 57 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot yang karam di muara Sungai Bernam, Sungai Lipas di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Perak, berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang menerima panggilan memaklumkan berhubung kejadian jam 11.55 malam tadi.

“Kita menerima maklumat dari pihak polis memohon bantuan bomba mencari mangsa hilang di laut dengan anggaran jarak 1 batu nautika.

“Seorang lelaki terjatuh ke laut akibat bot yang dinaiki karam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi pencarian mangsa diteruskan pagi ini dengan kekuatan 27 anggota JBPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sebanyak lapan bot digunakan bagi operasi terbabit,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini