comscore
Tumpuan :
Super Highlight

[VIDEO] Budak lelaki jatuh tingkat 11, flat Jalan Garuda meninggal dunia tengah malam tadi

 

 

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki yang terselamat selepas jatuh dari tingkat 11 sebuah flat di jalan Garuda dekat sini, malam tadi disahkan telah meninggal dunia.

Mangsa yang berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam, ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat mengesahkan perkara itu.

Dalam kejadian malam tadi, seorang budak lelaki patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah flat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.31 malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dikerah ke lokasi.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zulkarnain Ariffin dengan kekuatan 10 anggota.

Mangsa ditemui tersangkut di bahagian bumbung kedai di tingkat bawah.

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa turun sebelum dihantar Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan.

Loading...
Terkini