comscore
Tumpuan :
Tragedi

Buruh Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Kerja Pendawaian

SIBU : Seorang buruh binaan maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pendawaian elektrikdi tapak pembinaan rumah di Bukit Penyau di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun itu ditemui terbaring oleh penyelia tapak binaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terjumpa mayat lelaki di tapak binaan itu.

“Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui seorang lelaki warga tempatan yang juga pekerja di situ terbaring tidak bernyawa.

“Turut ditemukan berhampiran mayat ialah wayar elektrik yang bersambung dengan generator,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membuat penyambungan dengan soket gerudi.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah manakala mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Zulkipli berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).–BERITA HARIAN

Loading...
Terkini