comscore
Tumpuan :
Tragedi

Cemas Tempat Isi Minyak Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena hampir terbakar selepas tempat mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Segambut, di sini, terbakar, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.33 pagi.

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sebuah MPV Nissan Serena yang berada di tempat mengisi minyak terbakar dengan sendirinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api di stesen minyak berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbakar dianggarkan lima peratus di bahagian tangki minyak.

“Tiada individu yang dilaporkan mengalami sebarang kecederaan. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

MPV Nissan Serena hampir terbakar selepas tempat mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Segambut, di sini, terbakar, semalam. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini