comscore
Tumpuan :
Tragedi

Disangka tidur, rupanya sudah meninggal dunia

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Orang ramai di sekitar Klebang Besar di sini gempar apabila mendapati seorang pekerja pembersihan tandas awam yang disangka sedang tidur di atas kerusi di pintu premis berkenaan, rupanya telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu disedari orang awam yang hendak memasuki tandas awan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mendapati Mohd Ismail Saadah, 67, tidak lagi bernyawa ketika mengejutkan warga emas itu.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap pekerja pembersihan itu mendapati kematiannya disebabkan serangan penyakit jantung.

“Kita menerima maklumat mengenai kematian pencuci tandas awam itu daripada orang awam yang cuba mengejutkannya yang menyangka sedang tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, mayat pencuci tandas awam itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Ujian saringan COVID-19 terhadap Allahyarham negatif.

Siasatan awal mendapati Allahyarham mempunyai rekod penyakit jantung yang kronik.

“Allahyarham pernah dimasukkan ke Wad A2 Hospital Melaka kerana serangan jantung pada 2 November lalu,” katanya.

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Loading...
Terkini