comscore
Tumpuan :
Tragedi

[VIDEO] Dua lelaki terjun sungai elak ditahan polis, seorang lemas

 

 

PETALING JAYA: Dua lelaki nekad terjun sungai bagi mengelak ditahan polis dalam satu serbuan di Kuala Selangor.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata salah seorang lelaki berkenaan ditemui lemas pagi tadi.

Tambah beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.43 malam Jumaat lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 24 dan 31 tahun terjun dalam sungai di Taman Muara Esbee selepas menyedari kehadiran  polis melakukan serbuan.

Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Mayat lelaki berusia 31 tahun ditemui  terapung jam 7.52 pagi tadi kira-kira satu kilometer dari pusat operasi bomba.

Manakala gerakan mencari seorang lagi mangsa masih giat dijalankan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini