comscore
Tumpuan :
Tragedi

Guru, murid cedera ringan, bas terbabas dalam semak

Bas yang membawa 40 penumpang terbabas di KM 44 jalan Gua Musang-Kuala Krai.
FOTO Ihsan PDRM

GUA MUSANG: Seramai 10 guru dan 30 murid Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim, Pasir Puteh terselamat selepas bas dinaiki terbabas di Kilometer (km) 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mereka dalam perjalanan dari Zoo Negara, Kuala Lumpur ke Pasir Puteh, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas tidak berfungsi.

Katanya, ia menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke dalam semak ladang kelapa sawit.

“Bas terbabit dalam perjalanan pulang dari Zoo Negara di Kuala Lumpur ke Pasir Puteh. Semua penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan awal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini