comscore
Tumpuan :
Tragedi

Jatuh Dalam Parit Ketika Bermain

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun lemas selepas terjatuh di dalam parit di belakang rumahnya.

Kejadian berlaku petang semalam ketika mangsa, Naera Dellisha Muhammad Nazri sedang bermain dengan kanak-kanak lain di Estet Sime Darby, Sungai Dingin, Mahang, Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritenden Azhar Hashim dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian disedari abang mangsa, Muhammad Thaqif, 8 tahun.

Kejadian dimaklumkan kepada bapa mangsa.

Usaha mencari dilakukan oleh bapa mangsa dan ahli keluarga.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit sedalam tiga kaki, sebelum dihanyutkan air ke longkang besar sebelum ke Sungai Dingin.

FOTO: JBPM

Mayat mangsa kemudian ditemui oleh orang awam pada jam 8 malam tadi dan dibawa Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Gerakan mencari turut disertai pihak bomba.

Loading...
Terkini