comscore
Tumpuan :
Tragedi

Kemalangan babitkan lori dan treler ragut 2 nyawa 

Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di kilometer 76.0 Lebuhraya Utara Selatan, Batu Pahat, Johor awal pagi tadi . – FOTO : Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat / FACEBOOK

Oleh: Farith Zahir

BATU PAHAT: Kemalangan membabitkan lori dan treler di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara Selatan arah utara mengakibatkan seorang pemandu dan kelindan maut.

Dalam satu kenyataan di Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Shalneeraj Abdullah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 4.24 pagi.

Ekoran itu enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi nahas.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ais dan sebuah treler jenis Scania yang membawa muatan baja.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori Isuzu, Allahyarham Mohd Azhar Basir, 46 Tahun dan kelindan Allahyarham Mohd Hafiz Jamal, 35 tahun.

Difahamkan, pemandu treler, A Ranjit, 40, terselamat dan operasi berkenaan tamat pada jam 6:03 pagi.

Loading...
Terkini