comscore
Tumpuan :
Tragedi

Kereta Langgar Tiang, Dua Maut

FOTO: BOMBA KL

KUALA LUMPUR: Dua orang maut, manakala tiga lagi cedera selepas kereta mereka terbabas sebelum melanggar tiang di Jalan Cheras, Taman Mutiara Barat, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 6.42 pagi.

Komander operasi, Mohd Ridzuan Ahmad berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, terdapat lima mangsa lelaki tersepit di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba pada jam 7.06 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Tiga mangsa lagi mengalami kecederaan serta dalam keadaan separuh sedar.

“Dua orang mangsa yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada polis.

“Tiga orang mangsa dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan lanjut,” katanya. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini