comscore
Tumpuan :
Tragedi

Lelaki Cuba Curi Ekzos Maut Dihempap Kereta

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tempatan maut dipercayai akibat terhempap sebuah kereta ketika sedang mencuri ekzos semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata pihak polis menerima maklumat dari pembantu perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang yang merawat suspek lingkungan umur 40 tahun, terbaring dan dipercayai telah meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan.

Menurut beliau lelaki yang maut itu ditemui di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang.

“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa suspek dan rakannya dipercayai sedang cuba untuk mencuri tabung ekzos kereta. Hal ini berpunca kerana pengangkat kereta yang digunakan tiba-tiba telah terjatuh dan terhempap si mati.

“Kes disiasat di bawah kematian mengejut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bertindak atas maklumat lebih kurang jam 10.45 pagi, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga tempatan di sekitar kawasan Teluk Panglima Garang.

Suspek yang ditangkap lingkungan umur 32 tahun dan mempunya 7 rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos, pecah rumah dan dua rekod narkotik.

“Suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri yang boleh membawa hukuman penjara separuh daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Loading...
Terkini