comscore
Tumpuan :
Tragedi

Lelaki Dipercayai Disambar Buaya

Di Samarahan, seorang lelaki hilang dipercayai disambar buaya di Sungai Meranek, awal pagi tadi.

Mangsa Azyan Azhar, 28 tahun, disambar buaya ketika menjalankan kerja menarik pukat di sungai terbabit jam 4.15 pagi tadi.

Susulan itu, bapanya Azhar Razali yang bersama mangsa ketika itu membuat laporan kecemasan kepada Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri bagi mendapatkan bantuan.

Setibanya pasukan bomba di lokasi, Komander Operasi mengesahkan kejadian dan mengambil maklumat penuh tentang kejadian sebelum menggerakkan aset untuk menjalankan operasi.

Operasi dijalankan melibatkan sebuah bot bomba dengan 11 anggota serta dibantu penduduk kampung.

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui.

Loading...
Terkini