comscore
Tumpuan :
Tragedi

Lelaki Lemas, Kenderaan Terjunam Dalam Sungai Golok

Usaha menaikkan kenderaan dari tebing Sungai Golok sebelah Thailand susulan tanah yang lebih landai. Foto: NSTP

Seorang lelaki berusia 59 tahun lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Golok dekat Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan.

Mangsa Othman Long ditemui meninggal dunia kerana terperangkap dalam kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang tenggelam dalam sungai berkenaan.

Difahamkan kereta mangsa mengalami kerosakan pada bahagian pintu dan brek menyebabkan kemalangan.

Kereta itu kemudiannya hanyut beberapa meter sebelum ditemui oleh pasukan bomba dan penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail mengesahkan menerima laporan pada jam 3.15 petang dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai 14 anggota termasuk Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).

Katanya pihak bomba turut dibantu penduduk kampung berjaya mengesan kedudukan kenderaan berkenaan dan mengikat untuk dibawa ke darat.

Kenderaan berjaya dinaikkan di tebing Sungai Golok sebelah Thailand susulan tanah yang lebih landai dan dibantu sebuah jentolak untuk memudahkan proses menarik.

Kenderaan berjaya dinaikkan ke tebing sungai sekitar jam 5.40 petang dan mangsa ditemui meninggal dunia di bahagian tempat duduk pemandu.

Loading...
Terkini