comscore
Tumpuan :
Tragedi

Lelaki maut ketika daki Gunung Pulai

KULAI: Seorang lelaki meninggal dunia ketika menyertai aktiviti mendaki Gunung Pulai dekat Kampung Sri Gunung Pulai di sini, pagi tadi.

Mangsa, Tee Kok Soon, 55, dilapor pengsan selepas mendaki kira-kira 300 meter sebelum disahkan meninggal dunia sebaik dibawa turun ke kaki gunung.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Mohd Khairil Buang, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan bagi menyelamatkan mangsa pengsan melalui talian terus ke balai itu pada jam 9.49 pagi.

“Seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama sebuah ‘fire rescue tender’ (FRT) dan sebuah van ’emergency medical rescue tender’ (EMRS).

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang lelaki yang pengsan di puncak gunung selepas melakukan aktiviti pendakian.

“Mangsa dipercayai mendaki secara berkumpulan ke puncak gunung itu, namun dikatakan pengsan selepas kira-kira 300 meter pendakian,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKO bergerak ke lokasi mangsa dilaporkan pengsan dengan menaiki kenderaan orang awam sebelum mengangkatnya ke dalam kenderaan untuk dibawa turun ke kaki gunung.

“Setibanya di kaki gunung, pasukan perubatan yang membuat pemeriksaan mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini