comscore
Tumpuan :
Tragedi

Lima Pendaki Cemas Terkandas Dalam Hutan

KUCHING : Lima pendaki berdepan detik cemas selepas terkandas di dalam hutan air terjun Kampung Bronang, Bau, di sini, disebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca gelap, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima laporan berhubung kes itu jam 6.50 petang.

Komander Operasi, Tiwi Nios, berkata lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“PGO Sarawak menerima panggilan memaklumkan satu rombongan pendaki seramai lima orang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita tidak dapat turun dari air terjun Bukit Bronang kerana hujan lebat dan keadaan cuaca yang semakin gelap.

“Mereka memohon mendapatkan bantuan bomba untuk mengambil mangsa yang masih terkandas di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa masih dapat dihubungi melalui talian telefon.

“Anggota bomba bergerak menuju ke lokasi semua mangsa pada jam 8.50 malam dengan anggaran jarak lima kilometer untuk sampai di tempat lokasi mangsa berada.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu, tiga penduduk kampung yang menunjukkan arah menuju ke lokasi air terjun,” katanya.- Berita Harian

Loading...
Terkini