comscore
Tumpuan :
Tragedi

Mangsa Nahas Helikopter Di Brinchang Terima Rawatan

Pasukan Kesihatan memberi rawatan kepada mangsa nahas yang berjaya dibawak keluar.

BRINCHANG: Enam mangsa nahas helikopter di Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi disahkan selamat namun mengalami kecederaan, termasuk patah di bahagian paha.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Komander Operasi Shahrulnizam Nasir berkata, kesemua mangsa diberikan rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa keluar ke kawasan yang lebih selamat.

Menurut beliau, operasi menyelamat kini masih dilakukan di lokasi.

Terdahulu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan telah menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW berhampiran Tanah Rata pada jam 1.03 petang tadi.

Kenyataan itu memaklumkan helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak pada jam 12.20 petang.

Pesawat berkenaan membawa seorang juruterbang dan lima penumpang.

Loading...
Terkini