comscore
Tumpuan :
Tragedi

Masih Hidup Selepas Terjatuh Dari Tingkat 19

Angoota bomba dan petugas perubatan memberikan bantuan awal kepada mangsa.

GEORGE TOWN : Berpantang maut sebelum ajal, begitu keadaan seorang wanita berusia 33 tahun apabila hanya mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri dekat Sungai Ara, di sini, hari ini.

Mangsa yang juga penghuni kediaman terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohd Awis Kharni Abd Rahman, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengahari.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa dilihat terbaring di lantai dan mengalami kecederaan.” Anggota bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal, sebelum mangsa dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian itu, mangsa yang memegang kitab ditemukan terbaring oleh orang awam di bahagian parkir bertingkat pangsapuri berkenaan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini