comscore
Tumpuan :
Tragedi

Mayat Tanpa Identiti ditemukan Terapung di Perairan Langkawi

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan satu mayat lelaki terapung tanpa identiti di perairan Pulau Pasir, disini pagi tadi.

Pengarah APMM Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mayat itu ditemui oleh bot penumpang semasa melakukan aktiviti menyusur paya bakau.

“Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Langkawi menerima maklumat berkaitan penemuan mayat itu pada pukul 11.45 pagi.”

“Berikutan itu sebuah bot ronda Maritim Malaysia dalam rutin rondaan digerakkan ke lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengenai penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima panggilan melalui MERS 999 berkenaan jumpan mayat terapung oleh pengadu.

Mayat kemudiannya dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan menghubungi Balai Polis Langkawi di talian 04-4666222.

Loading...
Terkini