comscore
Tumpuan :
Tragedi

Pelajar baru lulus ujian memandu maut kemalangan

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Kegembiraan seorang pelajar yang baharu lulus ujian lesen memandu jenis P tidak berpanjangan apabila maut selepas terjatuh daripada motosikal ditungganginya selepas bergesel dengan sebuah lori di Jalan Tanjung Minyak di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Nur Imran Musa, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kejadian, Nur Imran yang menunggang motosikal jenis Benelli dalam perjalanan dari Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) ke arah lampu isyarat Tanjung Minyak.

“Apabila mangsa melalui kawasan hadapan sebuah pasar raya di mana jalan yang pada asalnya adalah dua lorong menjadi kepada satu lorong.

“Semasa cuba memasuki laluan dua lorong ke satu lorong, mangsa telah bergesel dengan lori jenis Mitsubishi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, akibat pelanggaran itu, Nur Imran terjatuh dari motosikalnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Pemandu lori, Mohd Kama Amar Mohd Dan, 35, pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41l1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini