comscore
Tumpuan :
Super Highlight

[VIDEO] Pelajar maut, rakan cedera motosikal dirempuh kereta

 

SETIU: Seorang pelajar tingkatan dua maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan akibat tayar pecah.

Ketika kejadian pukul 5.55 petang itu, dua remaja lelaki terbabit masing-masing menunggang motosikal berasingan di Kilometer 38, Jalan Kampung Bukit Nenas – Kampung Tayor di sini.

FOTO NSTP

Rempuhan menyebabkan Muhammad Daniel Iqram Apizul, 14, maut manakala rakan sekolahnya, Muhammad Airiel Zikry Jafferi, 14, cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsan Sungai Tong baru keluar dari sebuah stesen minyak dengan menaiki motosikal masing-masing.

“Muhammad Airiel dan Muhammad Daniel Iqram yang masing-masing menunggang motosikal Yamaha Lagenda 110Z dan Honda C100 telah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Wira.“

FOTO NSTP

Kenderaan dinaiki dua juru pendawaian elektrik tersebut dikatakan hilang kawalan selepas tayar kereta itu tiba-tiba pecah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pemandu Proton Wira berusia 24 tahun dari Kampung Bukit Pak Kancil, Bandar Permaisuri, di sini mengalami luka kecil di bahagian dahi dan rakannya berusia 33 tahun dari Jalan Besar patah peha dan lengan kiri.

Tambah beliau, mayat Muhammad Daniel telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat.

FOTO NSTP

“Seorang lagi mangsa, Mohd. Mustakim juga dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan

“Dua lagi mangsa yang cedera ringan pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...
Terkini