comscore
Tumpuan :
Tragedi

Pemandu Lori Maut, 7 Anggota Polis Parah

REMBAU: Pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku jam 3.40 petang.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian.

“Daripada maklumat awal, kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.

“Tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Semua mangsa dalam proses dibawa ke hospital berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – HARIAN METRO

Loading...

Terkini