comscore
Tumpuan :
Super Highlight

Pemandu maut tercampak, penumpang wanita rentung tersepit

Oleh: Fazli Ahmad

PEKAN: Dua maut termasuk seorang wanita rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan Perodua Kancil di Jalan Pekan – Rompin dekat Sungai Miang, di sini malam ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8: 22 malam tadi.

Menurutnya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan serta Nenasi bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, komander operasi melaporkan nahas membabitkan sebuah treler dan Perodua Kancil.

“Dalam kemalangan itu, seorang lelaki dipercayai pemandu Perodua Kancil telah tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,”

“Manakala seorang penumpang wanita didapati tersepit dalam kereta terbabit dan rentung setelah kenderaan itu terbakar. ,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mayat wanita itu kemudiannya dikeluarkan selepas pasukan bomba berjaya memadam kebakaran.

Dalam pada itu pemandu treler berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zulfadli berkata, berdasarkan maklumat awal, Perodua Kancil itu terbabit dalam perjalanan dari arah Rompin ke Pekan manakala treler itu pula dari arah bertentangan.

Identiti mangsa yang maut belum diketahui dan kedua-dua mayat diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini