comscore
Tumpuan :
Tragedi

Peserta marathon meninggal dunia semasa pertandingan

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Seorang peserta Langkawi International Half Marathon 2022 meninggal dunia, ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Maliha, di sini hari ini.

Mangsa, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37 dilaporkan rebah dengan tiba-tiba dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan bahawa petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah beri bantuan awal sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha.

“Lebih kurang 10.30 pagi, pihak polis telah terima panggilan telefon daripada doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha dan memaklumkan bahawa mangsa lelaki itu telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.”

“Simati merupakan pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pemakluman kepada isterinya telah dibuat oleh Pemangku Ketua Polis Balai Padang Mat Sirat,” katanya.

Ujian covid-19 yang dibuat ke atas mayat mangsa adalah negatif dan akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bead siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Loading...
Terkini