comscore
Tumpuan :
Tragedi

Proses Keluarkan Mayat Dijangka Selesai Tengah Malam Ini

Proses mengeluarkan mayat seorang lagi pekerja asing yang tersepit pada struktur besi susulan insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai dijangka selesai tengah malam ini.

Ketua Operasi, Penguasa Kanan Bomba I Khairul Azuwan Ibrahim berkata, kerja penstabilan ‘U beam’ yang dilakukan pihak kontraktor di lokasi kejadian sejak semalam sudah selesai.

Menerusi satu kenyataan, kerja menurunkan dua unit ‘winch’ atau takal kini  dilakukan dan proses itu dijangka mengambil tempoh kira-kira tiga jam sebelum proses mengeluarkan mayat mangsa dapat dilakukan.

Dalam insiden kira-kira jam 8.40 pagi semalam, lima buruh asing dan seorang warga tempatan terbabit dalam kejadian berkenaan.

Dua buruh asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, manakala seorang lagi maut akibat tersepit pada struktur besi, manakala dua lagi terselamat.

Pemandu kereta yang ditimpa komponen kren gantri itu cedera di leher dan mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Loading...
Terkini