comscore
Tumpuan :
Tragedi

Remaja OKU Ditemukan Lemas Dalam Kolam

FOTO: NSTP

MUAR: Remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang petang semalam ditemukan lemas di sebuah kolam di Kampung Batu 18, Sengkang Bukit Gambir, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Mohd Farizan Mokhtar berkata, mangsa yang berusia 17 tahun dilaporkan hilang jam 4 petang semalam.

“Susulan itu operasi mencari dan menyelamat dilancarkan di sekitar rumah dan kawasan berhampiran.

“Operasi pencarian dibahagikan kepada tiga sektor pada jarak dua kilometer daripada lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada jam 6.47 pagi tadi, keluarga menghubungi bilik kawalan BBP Bukit Gambir memaklumkan mangsa dijumpai terapung di kolam pada jarak 100 meter dari rumah.

“Pasukan operasi bergegas ke lokasi dan melakukan operasi mengeluarkan mangsa.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 7.39 pagi tadi. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini