comscore
Tumpuan :
Super Highlight

Seorang maut, dua cedera disondol babi hutan

FOTO: Ihsan Bomba

MANJUNG: Seorang lelaki maut selepas diserang seekor babi hutan dalam kejadian di Jalan Kampung Paya Ara, Pantai Remis lewat petang tadi.

Dua lagi rakan mangsa turut cedera ketika cuba membantu mangsa.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, BBP Pantai Remis, pihaknya menerima makluman kejadian itu kira-kira jam 7.05 malam tadi.

Serangan dipercayai berlaku apabila mangsa berada di dalam kebunnya.

Mangsa dikenali sebagai Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, disahkan maut di tempat kejadian.

Dua lagi rakan mangsa berusia 49 dan 60 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.

Pasukan bomba membantu memberi pencahayaan bagi membolehkan pihak polis menembak babi berkenaan.

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala mangsa yang cedera menerima rawatan dari pihak kakitangan kesihatan.

Loading...
Terkini