comscore
Tumpuan :
Tragedi

Siasat Unsur Khianat, Insiden Kebakaran Kali Kedua

Sembilan kedai dan bengkel musnah dalam kebakaran di Padang Lalang,  Kuantan awal pagi tadi. 

Siasatan punca kejadian turut mengambil kira unsur khianat, selepas kebakaran di kawasan itu kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu. 

Kebakaran memusnahkan bengkel kimpalan, bengkel kereta, kedai peralatan elektrik dan pakaian. 

Turut musnah 10 kereta dan sebuah jentera berat. 

Operasi pemadaman api dilakukan sepasukan 30 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota.

Premis kedai yang musnah terletak kurang 100 meter dari lokasi lapan rumah kedai di Padang Lalang terbakar awal pagi 27 Ogos lalu.

 Difahamkan dua lagi kebakaran kecil membabitkan premis di sekitar kawasan ini turut berlaku tetapi dalam tempoh sama.

 Bomba mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam lapan pagi tadi. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kebakaran sedang disiasat. 

Loading...
Terkini