comscore
Tumpuan :
Tragedi

Singgah main di tepi pantai lepas solat Jumaat, kanak-kanak dikhuatiri lemas

Operasi mencari sedang dijalankan pasukan penyelamat. FOTO: NURALIAWATI SABRI

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika bermain di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, hari ini.

Menurut saksi kejadian yang juga sepupu mangsa belum dikenal pasti, insiden kira-kira jam 4 petang tadi berlaku ketika mereka baru pulang daripada menunaikan solat Jumaat dan singgah bermain di tepi pantai berkenaan.

“Ketika kami sedang bermain di gigi air, tiba-tiba dia berjalan ke tepi tebing batu sebelum terjun. Tidak lama kemudian, saya melihat mulutnya berbuih lalu tenggelam. Saya menjadi panik dan bergegas mendapatkan pertolongan,” katanya kepada media, di sini.

Susulan itu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan nelayan.

Loading...
Terkini