comscore
Tumpuan :
Tragedi

TNB Simpati Dengan Keluarga Mangsa Renjatan Elektrik

Foto: TNB

PETALING JAYA: Siasatan awal Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati tidak berlaku talian yang terputus daripada tiang TNB dan menimpa bumbung rumah keluarga dua beradik yang maut disyaki terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Kajang petang semalam.

Dalam satu kenyataan, TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa.

“TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyiasat kejadian tersebut”

“Wakil TNB telah menziarahi keluarga mangsa dan turut menyerahkan sumbangan ehsan” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan sepasang adik beradik maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika ketika sedang mandi dalam sebuah besen di perkarangan kediamannya.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pasangan adik beradik yang maut itu dikenali sebagai Adam Haziq Zamri, 10 dan adiknya Adam Harish, 9 tahun.

Menurutnya, pada 6.30 petang semalam polis menerima panggilan daripada kakitangan Hospital An Nur, Bandar Baru Bangi memaklumkan menerima dua orang kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.

Loading...
Terkini