comscore
Tumpuan :
Super Highlight

Tukar Lorong Mengejut, Punca 9 Kemalangan

Antara kenderaan terbabit kemalangan di KM Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pagi tadi. FOTO: PDRM

SUBANG JAYA: Gara-gara menukar lorong secara tiba-tiba, sembilan kenderaan termasuk treler terbabit kemalangan di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, wanita berusia 22 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi cedera, manakala pemandu kenderaan lain tidak cedera.

Kemalangan itu menyebabkan laluan berkenaan sesak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada Perodua Myvi itu yang memandu di lorong lurus menghala ke Kuala Lumpur tiba-tiba mengubah haluan.

“Dia tiba-tiba memasuki lorong kiri untuk ke susur Persiaran Kewajipan dan menyebabkan sebuah treler tidak sempat menekan brek, lalu merempuh kereta itu dan menyebabkannya terbalik.

“Perodua Myvi berkenaan kemudian melanggar beberapa kenderaan yang beratur di susur Persiaran Kewajipan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, hanya pemandu kereta Perodua Myvi yang mengalami cedera ringan dan pemandu kenderaan lain dilapor tidak cedera.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai dan tidak cermat. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini