comscore
Tumpuan :
Tragedi

Wanita Cedera Parah ATV Dinaiki Jatuh Dari Tebing Air Terjun

TAIPING : Seorang wanita parah, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan jenis All Terrain Vehicle (ATV) yang dinaiki terjatuh dari tebing air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan pada jam 2.27 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, pasukan kita mendapati sebuah ATV terjatuh dari tebing air terjun ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan mereka.

“Difahamkan pemandu ATV hilang kawalan dan mangsa bersama kenderaan yang dinaiki terjatuh dari tebing, menyebabkan seorang mangsa parah pada bahagian kepala dan mulut, manakala pemandu tidak cedera dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Loading...
Terkini