comscore
Tumpuan :
Tragedi

Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat Pusat Beli-Belah

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Seorang wanita dilaporkan maut selepas dikatakan terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku pada 9.38 malam.

Katanya, Pusat kawalan Daerah Dang Wangi menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 9.45 malam yang memaklumkan kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang wanita warga tempatan berumur 23 tahun.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita itu seorang diri berjalan di aras empat lalu memanjat penghadang besi sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Bagaimanapun beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Loading...
Terkini