comscore
Tumpuan :
Tragedi

Warga emas ditemui meninggal dunia

Oleh Akmaliah Razak

GUA MUSANG: Seorang warga emas lelaki ditemui meninggal dunia di ruang tamu kediamannya, di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera, Gua Musang, semalam.

Mangsa, Mat Daud Che Deraman, 68, ditemui dalam keadaan terbaring dan hasil pemeriksaan mengesahkan punca kematian akibat COVID-19.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihak polis menerima panggilan daripada jiran tengah malam semalam yang curiga memandangkan mangsa sudah tiga hari tidak kelihatan.

“Lebih kurang tiga empat hari lalu, jiran mangsa terhidu bau busuk di kawasan rumah warga emas itu. Lantas, dia bertanya kepada jiran lain mengenai mangsa.

“Selepas jiran-jiran memberitahu tiada terlihat kelibat mangsa sejak beberapa hari lalu, dia telah ke rumah mangsa dan mendapati pintu tidak berkunci dan melihat mangsa terbaring di ruang tamu rumah.

“Hasil siasatan mendapati, isteri mangsa telah meninggal dunia pada 2018 dan mangsa tinggal bersendirian di rumah tersebut manakala anak-anak berada di Kota Bharu. Mangsa juga tidak mempunyai penyakit kronik,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Dalam pada itu, Choon Foo turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Loading...
Terkini