comscore
Tumpuan :
Tragedi

Warga Emas Hilang Ditemukan Mati Dalam Sungai

FOTO : Ihsan JBPM Perak

GERIK : Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lepas ditemukan terapung di sungai di Kampung Air Panas di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mayat lelaki berusia 60-an itu dipercayai hilang dan lemas sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 9.38 pagi tadi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.

Katanya, mayat dijumpai kira-kira lima meter dari kawasan tebing sungai dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini