comscore
Tumpuan :
Tragedi

Warga emas melecur akibat kebakaran

Api marak membakar sebuah kediaman di Kampung Siol Kandis, Petrajaya, Kuching, hari ini. -Foto: NSTP

KUCHING: Lelaki warga emas melecur di dada dan tangan kanan ketika cuba menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Siol Kandis, Petrajaya, hari ini.

Ketika kejadian, Harrylai Ludan, 72, berada di rumah bersama anak perempuannya, Eleanor, 22, yang tidak cedera.

Dua lagi ahli keluarga mereka, Stephen Ending Jawi, 56, dan isteri, Jayang Entre, 50, yang menyewa bahagian bawah rumah itu untuk mengusahakan kedai runcit, terselamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 9.12 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi, dibantu BBP Padungan.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal, yang mana bahagian atas dijadikan tempat kediaman, manakala tingkat bawah kedai runcit.

“Kebakaran itu telah memusnahkan keseluruhan kediaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang melecur telah dibawa ke hospital menggunakan unit EMRS Bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 9.44 pagi, sebelum operasi ditamatkan selepas keadaan selamat,” katanya yang memaklumkan punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini