comscore
Tumpuan :
Tragedi

Warga emas melecur, kereta dipandu terbakar

Foto: Ihsan JBPM

PETALING JAYA: Lelaki warga emas melecur selepas kereta dipandu terbakar dalam kejadian di Jalan Tandang, Seksyen 51 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa K Karugarang, 66, yang memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan menghala ke arah PJ Old Town.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Kebakaran kemudian berjaya dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mangsa melecur di badan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ambulans.

Kereta berkenaan dianggarkan musnah 80 peratus namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini