comscore
Tumpuan :
Tular

Babi Tersesat Dalam Pusat Beli Belah

Pengunjung pusat beli-belah di Putrajaya kecoh apabila melihat seekor babi yang memasuki dan merayau-rayau di sebuah premis menjual pakaian sukan tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.38 tengah hari.

Babi tersebut dipercayai cedera dan bertindak agresif di dalam sebuah premis di kompleks beli-belah berkenaan.

Anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk menghalau haiwan liar berkenaan.

Babi itu dikatakan keluar menuju ke arah padang ragbi di Presint 16.

Pihak bomba kemudiannya menghubungi Bahagian Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPJ) untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini