comscore
Tumpuan :
Tular

Budak tercampak akibat kemalangan

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kereta dinaiki bersama bapanya dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semalam.

Mangsa bernasib baik apabila pemandu kereta lain di belakang menghentikan kenderaan sebaik menyedari kanak-kanak itu terbaring di lorong kanan lebuh raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.21 petang di Kilometer (KM) 235.5, Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Linggi, Negeri Sembilan.

“Ketika melalui laluan itu, kereta jenis Perodua Myvi dipandu di lorong kiri lebuh raya manakala kereta jenis Honda Jazz memandu di lorong kanan.

“Kedua-dua kenderaan terbabit kemudian mengubah haluan dan menghimpit kereta Honda Civic berada di lorong kanan yang menyebabkan pemandu Honda Civic hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang lebuh raya.

“Kemudian, Honda Civic itu terlanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi di lorong tengah, akibatnya, seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic tercampak dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban,” katanya.

Loading...
Terkini