comscore
Tumpuan :
Tular

ISU HALAL | Tiada DNA Babi Dalam Mee Kari

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui satu kenyataan hari ini, memaklumkan tiada unsur DNA babi dikesan dalam sampel daging yang diambil dari sebuah restoran yang tular di laman sosial.

Hasil daripada analisa dan ujian makmal Jabatan Kimia Malaysia, hanya unsur DNA ayam dikesan dalam sampel daging terbabit.

KPDNHEP menyeru pengguna agar sentiasa bertanggungjawab dalam tindakan menyebarkan berita melalui laman media sosial supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pihak-pihak tertentu.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat atau menyemak berkaitan isu halal disarankan menghubungi talian 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 atau melalui web KPDNHEP atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317.

Loading...
Terkini