comscore
Tumpuan :
Tular

JKN Sarawak cari ibu bapa bayi meninggal dunia dalam bas

Foto tular

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berusaha mengesan ibu bapa bayi yang dilaporkan meninggal dunia di perhentian bas Jelukong, Sri Aman, pada 5 Disember lalu.

Pengarah JKN Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, ia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kes itu yang tular di media sosial.

Sehubungan itu katanya, JKN Sarawak memohon agar ibu bapa bayi berkenaan supaya menghubungi pihak kesihatan secepat mungkin bagi membantu siasatan.

“Punca kematian kes masih dalam siasatan dan belum dapat ditentukan, justeru JKN Sarawak berharap orang ramai agar menghormati keluarga mendiang dengan tidak membuat sebarang spekulasi ke atas punca kematian sebelum siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Ooi berkata, berdasarkan maklumat awal, bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia di dalam bas ketika dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lalu.

Menurutnya, ibunya menyedari bahawa bayi itu tidak bernafas ketika mereka berhenti di perhentian bas itu.

“Bayi itu kemudian segera dibawa ke Hospital Betong dan disahkan meninggal dunia apabila sampai ke hospital.

“Pemeriksaan fizikal dan radiologi dilakukan, bagaimanapun perbincangan bersama anggota polis dari Balai Polis Skrang, Sri Aman, ahli keluarga bayi dan pihak pengurusan hospital, bedah siasat tidak dilakukan,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi itu kemudian dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan disemadikan di perkuburan rumah panjang di Ulu Pakan, Sarikei.

Loading...
Terkini