comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenyataan Berbaur Perkauman, Polis Buka Kertas Siasatan

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung pengguna TikTok yang menggunakan nama ‘fatinamyralee’ yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit, Selasa lalu.

“Sehingga kini percakapan saksi sudah dirakam dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

Loading...
Terkini